CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 11, 2008

PPIK KG. SG. LABU


  • NAMA PPIK : PPIK W.P LABUAN
    NAMA PENYELIA : ARMAN SYAH BIN BAHA
    NO.TELEFON : 016-8270212
    ALAMAT PPIK : PERPUSTAKAAN DESA KG. SG. LABU
  • NO.TELEFON PPIK : 087-467823
    EMAIL : syah_taz31@yahoo.com
    YM :
    syah_taz31@yahoo.com
  • ALAMAT BLOG PPIK : http//:ppiklabuan.blogspot.com

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI LABU


PETA MENUNJUKKAN TOPOGRAFI PENEMPATAN PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI LABU


PETA LABUAN MENUNJUKKAN KEDUDUKAN KAMPUNG SUNGAI LABU

Terbitnya nama Kampung Sungai Labu ini adalah dari sejarah lama semasa Peperangan Cina dahulu kala. Dahulunya, sungai yang wujud di Kampung ini begitu dalam airnya, hinggakan tongkang-tongkang Cina yang lari dari peperangan boleh berlabuh di perairan sungai ini. Seperti lazimnya Kaum Cina memang gemar memakan buah labu dan buah-buah labu inilah yang menjadi bekalan kepada mereka semasa melarikan diri dari peperangan. Secara kebetulan pada masa itu,musim kemarau yang panjang telah berlaku. Setelah itu,iaitu setelah 6 bulan musim kemarau ini berlaku, maka hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama tujuh hari tujuh malam yang mengakibatkan banjir besar berlaku di kampung ini. Buah-buah labu yang menjadi bekalan kepada Kaum Cina itu turut banyak dibawa arus air sungai. Tidak siapa menduga selepas banjir berhenti, tumbuh benih-benih labu yang bayak di sepanjang tebing sungai. Akibat daripada tragedi yang dianggap aneh ini maka kampung ini dinamakan sebagai Kampung Sungai Labu bersempena dengan kehadiran benih-benih labu disepanjang tebing sehinggalah hari ini.

MAKLUMAT AM KAMPUNG SUNGAI LABU PENDUDUK

Pada awalnya penduduk Kampung Sungai Labu ini terdiri daripada dua (2) suku kaum utama iaitu suku kaum Kedayan dan suku kaum Kedayan Brunei. Kampung Sungai Labu ialah sebuah kampung yang ditadbir oleh Badan Sukarela iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah naungan Perbadanan Labuan Labuan. Alamat perhubungan yang digunakan iaitu :- D/A Balairaya Kampung Sungai Labu 87000 Wilayah Persekutuan Labuan Selain daripada pendudk asal yang tinggal di kampung ini, terdapat juga sebilangan kecil penduduk lain yang bermastautin di kampung ini dengan kebenaran JKKK itu sendiri. Perhubungan diantara penduduk kampung ini adalah mempunyai persefahaman dalam menjalankan apa jua aktiviti yang dirancang. Penglibatan penduduk kampung ini secara amnya dapat digambarkan bahawa hampir keseluruhannya telah bekerja. Kebanyakkannya daripada penduduk berkerja dengan Badan-badan Kerajaan, Agensi Swasta dan sebilangan kecil bekerja sendiri.

SISTEM PENTADBIRAN KAMPUNG SUNGAI LABU

Bagi melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran Kampung Sungai Labu untuk menjadi kampung yang maju dan cemerlang, sistem pentadbirannya dibahagikan kepada 9 buah Blok dan diketuai seperti berikut :

Blok A : Tuan Haji Yusof Bin Liman Blok B : Tuan Haji Mat Jaini Bin Haji Ali Blok C : Puan Hajjah Ambai Bin Haji Arshad Blok D : Tuan Haji Suan Bin Haji Ludin Blok E : Encik Anuar Bin Matsum Blok F : Puan Noraisah Bte Haji Ali Blok G : Encik Salleh Bin Daud Blok H : Encik Awang Besar Bin Haji Mohd Blok I : Encik Nasir Bin Matali.

ANUGERAH-ANUGERAH YANG PERNAH DISANDANG OLEH KAMPUNG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Kampung Sungai Labu dan penduduknya telah berjaya meraih anugerah-anugerah daripada pelbagai pihak. Anugerah inilah yang menjadi dorongan kepada penduduk kampung ini supaya bergerak lebih aktif dan lebih maju. Diantaranya ialah :-
i) Tempat Ketiga Pertandingan Perarakan Tanglung W. P. Labuan.
ii) Johan Pertandingan Perbarisan Kategori Kampung W. P. Labuan Sempena Hari Kebangsaan 1996.
iii) Johan Perarakan Tanglung Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2001.
iv)Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2001
v) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan Kategori Rukun Tetangga
vi) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung
vii) Anugerah Pakaian Terbaik Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan
viii) Kontijen Terbaik Keseluruhan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan
ix) Naib Johan Pertandingan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2004 Anjuran KEMAS
x) Johan Pertandingan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2006 Anjuran KEMAS
xi) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2005 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung.
xii) Johan Perarakan Tanglung Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2006 Peringkat W.P. Labuan.
xiii) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2006 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung

PERPUSTAKAAN DESA KG. SG. LABU





PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG LABU

Pengenalan
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Labu,W.P Labuan merupakan perpustakaan mini kedua dibuka di W.P Labuan selepas Perpustakaan Desa Kg Durian Tunjung.Perpustakaan Desa Kg Sungai Labu atau dikenali sebagai PDSL dibuka pada pertengahan bulan januari 2006,namun ketika ia mula beroperasi pengunjung hanya berpeluang untuk membaca buku dan bahan bacaan yang dibekalkan sahaja.
Pengwujudan Perpustakaan Desa ( PD ) adalah bertujuan untuk memupuk budaya suka membaca dan belajar dikalangan penduduk kampung serta penduduk setempat.Selain memberi kemudahan kepada penduduk di Kg Sungai Labu serta penduduk yang tinggal sekitarnya untuk mendapatkan kemudahan bahan rujukan bacaan serta belajar.Pada awal bulan ogos 2006,PDSL telah mula menyediakan kemudahan bahan bacaan akhbar harian.Buat masa sekarang,PDSL hanya menyediakan bahan bacaan akhbar seperti Utusan Malaysia sahajauntuk bahan bacaan penduduk kampung.
Buku-buku yang terdapat didalam PDSL ini kesemuanya adalah dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) dan dipantau operasinya oleh Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan,W.P Labuan.PDSL hanya menerima bekalan kelengkapan rak-rak buku,perabot serta buku-buku yang telah siap dilabelkan oleh PNM.
Penggunaan komputer dan internet untuk orang awam hanya mula beroperasi pada bulan mac 2006.Penggunaan komputer dan internet ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan orang awam yang menggunakan kemudahan ini hanya perlu membuat bayaran bagi setiap kertas yang diprint keluar.

PROGRAM KERJA SAMA PPIK KG SG. LABU DAN PERPUSTAKAAN DESA KG. SG. LABU












BANGUNAN PPIK

  1. kerja penyelenggaraan bangunan PPIK
  2. kerja penyelenggaraan yang di buat adalah seperti :
  • pemasangan tikar
  • cat bangunan ppik
  • pendawaian elektrik
  • pemsangan cable link
  • pemasangan stremix
  • pemasangan meja dan komputer









KURSUS TAHAP 1 & 2


  • Kursus Latihan PembangunanKapasiti Penyelia tahap 1 diadakan di serawak bumi kenyalang
  • Kursus Latihan Pembangunan Kapasiti Penyelia tahap 2 diadakan di Le Meridien Hotel Kota Kinabalu Sabah

Thursday, September 25, 2008

selamat hari raya


sElaMAt hAri RaYA...kepada semua penyelia ppik di ucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin...posa jan tak posa...