CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 11, 2008

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI LABU


PETA MENUNJUKKAN TOPOGRAFI PENEMPATAN PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI LABU


PETA LABUAN MENUNJUKKAN KEDUDUKAN KAMPUNG SUNGAI LABU

Terbitnya nama Kampung Sungai Labu ini adalah dari sejarah lama semasa Peperangan Cina dahulu kala. Dahulunya, sungai yang wujud di Kampung ini begitu dalam airnya, hinggakan tongkang-tongkang Cina yang lari dari peperangan boleh berlabuh di perairan sungai ini. Seperti lazimnya Kaum Cina memang gemar memakan buah labu dan buah-buah labu inilah yang menjadi bekalan kepada mereka semasa melarikan diri dari peperangan. Secara kebetulan pada masa itu,musim kemarau yang panjang telah berlaku. Setelah itu,iaitu setelah 6 bulan musim kemarau ini berlaku, maka hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama tujuh hari tujuh malam yang mengakibatkan banjir besar berlaku di kampung ini. Buah-buah labu yang menjadi bekalan kepada Kaum Cina itu turut banyak dibawa arus air sungai. Tidak siapa menduga selepas banjir berhenti, tumbuh benih-benih labu yang bayak di sepanjang tebing sungai. Akibat daripada tragedi yang dianggap aneh ini maka kampung ini dinamakan sebagai Kampung Sungai Labu bersempena dengan kehadiran benih-benih labu disepanjang tebing sehinggalah hari ini.

MAKLUMAT AM KAMPUNG SUNGAI LABU PENDUDUK

Pada awalnya penduduk Kampung Sungai Labu ini terdiri daripada dua (2) suku kaum utama iaitu suku kaum Kedayan dan suku kaum Kedayan Brunei. Kampung Sungai Labu ialah sebuah kampung yang ditadbir oleh Badan Sukarela iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah naungan Perbadanan Labuan Labuan. Alamat perhubungan yang digunakan iaitu :- D/A Balairaya Kampung Sungai Labu 87000 Wilayah Persekutuan Labuan Selain daripada pendudk asal yang tinggal di kampung ini, terdapat juga sebilangan kecil penduduk lain yang bermastautin di kampung ini dengan kebenaran JKKK itu sendiri. Perhubungan diantara penduduk kampung ini adalah mempunyai persefahaman dalam menjalankan apa jua aktiviti yang dirancang. Penglibatan penduduk kampung ini secara amnya dapat digambarkan bahawa hampir keseluruhannya telah bekerja. Kebanyakkannya daripada penduduk berkerja dengan Badan-badan Kerajaan, Agensi Swasta dan sebilangan kecil bekerja sendiri.

SISTEM PENTADBIRAN KAMPUNG SUNGAI LABU

Bagi melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran Kampung Sungai Labu untuk menjadi kampung yang maju dan cemerlang, sistem pentadbirannya dibahagikan kepada 9 buah Blok dan diketuai seperti berikut :

Blok A : Tuan Haji Yusof Bin Liman Blok B : Tuan Haji Mat Jaini Bin Haji Ali Blok C : Puan Hajjah Ambai Bin Haji Arshad Blok D : Tuan Haji Suan Bin Haji Ludin Blok E : Encik Anuar Bin Matsum Blok F : Puan Noraisah Bte Haji Ali Blok G : Encik Salleh Bin Daud Blok H : Encik Awang Besar Bin Haji Mohd Blok I : Encik Nasir Bin Matali.

ANUGERAH-ANUGERAH YANG PERNAH DISANDANG OLEH KAMPUNG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Kampung Sungai Labu dan penduduknya telah berjaya meraih anugerah-anugerah daripada pelbagai pihak. Anugerah inilah yang menjadi dorongan kepada penduduk kampung ini supaya bergerak lebih aktif dan lebih maju. Diantaranya ialah :-
i) Tempat Ketiga Pertandingan Perarakan Tanglung W. P. Labuan.
ii) Johan Pertandingan Perbarisan Kategori Kampung W. P. Labuan Sempena Hari Kebangsaan 1996.
iii) Johan Perarakan Tanglung Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2001.
iv)Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2001
v) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan Kategori Rukun Tetangga
vi) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung
vii) Anugerah Pakaian Terbaik Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan
viii) Kontijen Terbaik Keseluruhan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2003 Peringkat W.P. Labuan
ix) Naib Johan Pertandingan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2004 Anjuran KEMAS
x) Johan Pertandingan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2006 Anjuran KEMAS
xi) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2005 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung.
xii) Johan Perarakan Tanglung Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2006 Peringkat W.P. Labuan.
xiii) Johan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2006 Peringkat W.P. Labuan Kategori Kampung

0 comments: